Rabu, 12 Ogos 2009

Kejutan Dari Isteri...


Dua tahun aku berkecimpung dalam hobi berkebun dan menghias laman, tak pernah aku tersuka, terminat atau tergerak hati nak membeli atau memiliki pokok orkid. jangan kata minat, belek pokok orkid pun tak pernah. Tiap kali pergi cuci mata kat nursery-nursery di sungai Buloh, kedai-kedai yang jual orkidlah yang tak pernah dijejaki... Tup...tup, satu hari aku dihadiahkan orkid hutan dari spesis Phalaenopsis Bellina (kalau tak silap). Mungkin disebabkan minat aku yang mendalam kepada khazanah hutan dan bunga-bunga hiasan, isteri aku pun belikan orkid hutan.. emm, logik jugak.






Bermula dari saat & ketika itu, jam 5.27 petang, bermulalah episod baru dalam aktiviti perkebunan aku. Dalam banyak koleksi tanaman hiasan laman aku, ada lah sekarang ni terselit satu kelompok orkid hutan yang kini menjadi antara koleksi kesayangan.... Orkid-orkid jenis ni tak macam orkid biasa... harga, rupa dan cara penjagaan memang tak serupa... Harga pun boleh tahan, so untuk berjimat & memastikan tahap kepuasan yang maksimum dalam mengusahakan koleksi orkid hutan ni, aku beli beberapa anak pokok yang masih kecil..,. murah & boleh pilih macam-macam jenis... Lepas tu aku dapatkan tunggul-tunggul kayu kat kedai akuarium. & apalagi, semua anak-anak orkid tu aku lekatkan pada kayu-kayu tu dan aku gantungkan tepi kolam ikan koi... emm, oklah...

Selasa, 11 Ogos 2009

Hadiah Buat Isteri Tersayang...

Aku dah lama impikan sebuah set kabinet dapur. Masalahnya ruang dapur yang ada kami jadikan ruang rehat keluarga. So, untuk permulaan kami gunakan bilik keempat di belakang sebagai stor dan dapur. Jadi kalau tetamu datang berkunjung, memang nampak pelik sebab takkan nampak atau terjumpa ruang memasak...
Setahun selepas menghuni rumah, setelah dirancang sejak beberapa bulan barulah aku mampu merealisasikan impian untuk menghadiahkan satu set kabinet dapur untuk isteri tersayang. Bukan apa, saje nak bagi selesa & menaikkan mood memasak supaya lebih bersemangat.. Aku cuba design dapur ni mengikut citarasa sendiri & ikut kesesuaian kedudukan ruang & yang penting budget yang tak seberapa. Lagipun, aku plan nak buat satu dapur yang kecil, ringkas & kemas... cute macam tukang masaknya...

Tapi, mendirikan satu set dapur ni tak semudah men'design' dan merancang. Hampir 2 bulan jugak untuk disiapkan.

Ni aku sediakan turutan proses menyiapkannya...
banyak kerja-kerja awalan yang terpaksa diselesaikan. Antaranya penambahan sedikit dinding, kerja-kerja paip dan salur air, pendawaian dan tempahan kabinet yang melibatkan ukuran, material dsb. Peringkat ini pun dah melibatkan kos yang agak 'boleh tahan'... Ini belum masuk pemilihan dan tempahan Hob & Hood dan lampu.

Peringkat seterusnya barulah boleh dipasangkan kabinet-kabinet mengikut tempahan yang dibuat. Bila dah pasang, nampaklah sikit rupa kabinet dapur yang bakal disiapkan.


Akhir sekali, barulah dimasukkan Hob & Hood dapur.... Inilah rupa set kabinet dapur yang aku dirikan khas buat isteri tersayang.... Alhamdulillah, siap pun....


Berani Berubah... Gaya


Aktiviti perkebunan aku bermula dari tanah sekangkang kera di depan rumah. Kenapa aku kata sekangkang kera? sebabnya ruang tanah yang ada untuk 'diusahakan' cuma tak sampai 10X10 kaki pun. Maka dengan itu aku yang tiada pilihan, terpaksalah mengharapkan jasa baik pasu-pasu untuk memenuhkan laman rumah aku dengan tanaman menghijau yang aku berkenan.


Peringkat awal, aku dan isteri berkenan sangat kat bunga kertas. Kalau tak silap ada lebih lima anak pokok yang aku beli. Ruang tanah yang ada tu aku selimutkan dengan rumput karpet yang aku import khas dari Johor. Longkang di bahagian tepi pagar aku kambuskan tanah & aku tutupkan dengan pokok Kuku Jin yang juga diimport khas dari Johor. Rumput yang aku tanam aku selang selikan dengan batu pemijak segiempat macam dam...


inilah peringkat awal aktiviti kami dalam projek landskap rumah yang tak seberapa ni. sedikit demi sedikit kami gandakan koleksi pokok di laman, sampailah satu ketika rumah kami ni ada iras-iras macam nursery. Kadang-kadang macam hutan simpan mini... sampai masa bila agak-agak jemu, kami rombak susunan & jenis pokok mengikut selera semasa. Begitulah seterusnya selama lebih kurang setahun dua...

Selasa, 4 Ogos 2009

Cabaran & Kepuasan


Ini antara koleksi tanaman di laman yang aku usahakan... ada pokok hijau, berbunga & berair...


Peringkat awal aku bejinak-jinak dengan kerjaya tukang kebun ni, banyak juga cabaran & masalah. kalau dalam 10 anak pokok yang aku beli, biasanya separuh tak hidup lama. ada yang mati kering, ada jugak yang mati sebab basah. Maklumlah tak faham sangat tentang sukatan air yang betul untuk pokok-pokok ni. Ada suka tanah yang lembab, ada yang tak suka... macam orang jugak...

Tapi, lama-kelamaan aku mula memahami sedikit demi sedikit tentang habitat dan keperluan mereka. Ada yang perlu cahaya, ada yang perlu suasana redup, ada yang perlu basah & berair, ada yang perlu kering sepanjang masa... Bila kita mula faham tentang pokok-pokok yang kita tanam, tentang keperluan air, baja, cahaya, tanah, rawatan kulat & penyakit, pokok-pokok ni pun dapat membesar dengan sempurna & ada yang berbunga. masa tu barulah timbul perasaan puas dalam diri kita. macam petani yang mengusahakan sawah, perasaan puas timbul bila tiba musim menuai. Tak jauh beza dengan konsep menjaga & membesarkan anak. Kalau kita didik dari kecil dengan bimbingan yang elok, didikan agama yang sempurna, diberi makan/ pakai yang cukup & dari sumber/rezeki yang halal, insyaallah anak-anak kita dapat membesar dengan sempurna & berjaya dalam hidup. Masa tu barulah terbit perasaan puas dalam hati & jiwa kita... Insyaallah kalau ada rezeki umur & kesihatan yang panjang.
*Nak senang, beli je pokok bunga yang memang dah berbunga... tapi kuranglah sikit rasa kepuasan bercucuk tanam tu.... Macam Nelayan yang pergi beli ikan kat pasar atau Petani yang beli beras kat kedai runcit...

Isnin, 27 Julai 2009

Belajar...


Inilah rumah yang aku 'jumpa' semasa meronda-ronda bersama isteri tersayang. Memang tujuan kami meronda masa tu untuk mencari rumah.Kami bertiga dan bakal berempat tak lama lagi. Ikut kemampuan semasa, kami cuma mampu beli pangsapuri biasa atau paling hebat pun teres kos sederhana je.. Tapi disebabkan aku ni ada hobi dan keinginan yang tinggi untuk memiliki landskap dan laman, aku cari jugak rumah teres yang ada tanah walaupun sekangkang kera je... Alhamdulillah.. berjaya jugak aku miliki rumah ini setelah hampir enam bulan gambar ini ditangkap...







Dua bulan selepas memiliki rumah ni, kami dah berempat...


Masa terus berlalu....... sedikit demi sedikit perubahan aku cuba lakukan supaya rumah yang kami duduki ini menjadi tempat paling selamat, aman dan tenteram untuk kami berempat... Walaupun pada pandangan mata orang lain rumah kami ni biasa saje, yang penting aku cuba juga jadikan rumah kami ni syurga kami sekeluarga.


Ini sentuhan awal ketika aku mula berjinak-jinak untuk memahami & menyaingi kerjaya tukang kebun & pereka landskap. pengalaman memang kosong, tapi disebabkan minat yang mendalam aku cuba dari bawah. Aku belajar... ikut buku pasal taman & landskap, tanya makcik-makcik atau apek-apek di nursery.. Diorang memang tak kedekut ilmu. Banyak aku belajar cara-cara menanam & menjaga pokok.... Untuk peringkat awal, aku cuma banyak menanam pokok-pokok bunga yang biasa je.


Tapi yang bagusnya aku bukan keseorangan... Sebab ada pembantu-pembantu yang sering menemani aku kerana mereka berkongsi minat yang sama... apa nak buat...;)



Inilah pembantu-pembantu khas aku apabila aktiviti berkebun dijalankan... (Didikan awal supaya 'pembantu-pembantu' aku ni dapat membesar sebagai aktivis alam sekitar yang cintakan kehijauan, kebersihan dan keindahan alam semulajadi)...



Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Inspirasi-alam aku wujudkan sebagai luahan kesyukuran yang aku panjatkan kepada Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t... Alhamdulillah... atas pemberianMu untuk segalanya. Akal yang waras, hati yang tenang, jiwa & jasad yang sentiasa diserapkan dengan ujian-ujianMu yang pastinya membuat aku mengenali dan memahami diri serta segala kejadian dengan lebih mendalam. Memahami, betapa setiap mahluk & kejadian yang Engkau turunkan bukan sekadar untuk tatapan, bukan tempelan, bukan untuk diendahkan & bukan disia-siakan... hakikatnya, Itulah inspirasi... Inspirasi alam kejadian ciptaanMu yang sewajarnya dinikmati, dihayati, difahami, dinilai, dimanfaat serta di syukuri...

Sesungguhnya tiada yang menakjubkan selain membiarkan segenap pancaindera menikmati segala kejadian yang Engkau turunkan di muka bumi ini, buat segala mahlukMu saling menemani antara mereka.

Blog ini sengaja aku terjemahkan sebagai paparan untuk luahan rasa dan minat aku yang sedikit condong kepada elemen-elemen alam semulajadi yang ada di sekeliling... dari senibina, landskap indah, laman yang tenang, pohon nan menghijau, batu-batuan sungai, burung berkicauan, kocakan air di kolam, dedaunan kering berguguran... semuanya memberi inspirasi untuk aku menikmati kehidupan dengan lebih sempurna, selesa dan damai bersama keluarga tersayang... Impian aku, untuk terjemahkan segalanya dalam kehidupan aku yang sebenar... insyaAllah

Aku amat bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang...
Alhamdulillah...