Rabu, 2 September 2009

Kelahiran


Ini hanya permulaan...

Rabu, 19 Ogos 2009

Mari Kita Pergi Zoo...




Dah lama aku berniat nak ajak famili melawat Zoo Negara. Bukan apa, Sang Puteri yang kian menjangkau umur ke alam persekolahan selalu sangat dihadiahkan buku-buku mewarna yang dipenuhi dengan gambar termasuklah gambar-gambar haiwan. jadi setakat melihat gambar, belum tentu dapat memahami secara dekat tentang tabiat, perlakuan serta bunyi haiwan-haiwan ni. Selain sebagai satu proses pembelajaran, dapat juga kita beriadah & bersantai di luar kebiasaan. Zoo Negara ni zoo ketiga yang pernah kami lawati selepas 2 kali ke zoo Melaka dan sekali ke zoo Taiping...


Dalam banyak-banyak penghuni di dalam zoo, rasanya Pak Belanglah yang sentiasa menjadi tumpuan putera puteri kami. Ngaumannya yang bergema cukup untuk menerbitkan perasaan gerun kepada sesiapa yang mendengarnya...


Walaupun keletihan, sekurangnya-kurang dapat juga memberi pengalaman kepada putera & puteri kami melihat pelbagai jenis haiwan secara live. & yang penting sekali mereka enjoy.. seperkara lagi, bagi aku, pengalaman ke zoo sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran kepada generasi baru ni tentang kepentingan kita memelihara hutan & alam semulajadi yang menjadi habitat kepada pelbagai mahkluk di dalamnya.

Pintu Harapan...



Aku selalu belek dalam majalah, kadang-kadang survey untuk cuci mata tengok rumah-rumah besar & cantik. Selalu juga berangan kalaulah suatu hari nanti aku dapat rumah secantik rumah-rumah yang aku minat, macam-macam aku nak buat. Itu cuma berangan, jadi, habis kat situ je lah... Dalam banyak rumah yang aku tengok, antara struktur/binaan yang aku berkenan ialah pintu pagar kayu dan juga pintu taman. Mulanya aku tak berapa yakin untuk mengaplikasikan semua tu kat rumah aku, memandang saiz rumah & laman yang agak kecil, macam tak praktikal... Ada juga aku tanya-tanyakan pasal kos kat tukang rumah/kedai-kedai pembekal struktur kayu (pergola, kolam ikan, pagar dsb) & hasilnya, semua tu memang di luar kemampuan aku...



Dalam setahun aku simpan angan-angan tu, akhirnya aku & isteri sepakat untuk merealisasikan impian tu. Aku ada cadangkan beberapa design, tapi akhirnya macam biasa lah, aku kena fikirkan design yang paling simple, sesuai dengan saiz & status rumah kami, kos yang tidak terlalu memeningkan dan sesuatu yang mampu aku siapkan sendiri tanpa bantuan pekerja tempatan atau asing...

Sebenarnya projek pintu pagar & taman ni aku dirikan secara pakej... (sekali dengan pagar & pintu kayu, dek, kolam ikan, awning, ubahsuai pergola dan kerja-kerja landskap). disebabkan projek ini projek sendiri, masa yang diperuntukkan lebih kurang 2 bulan. Ikut suka bila masa nak buat, bila nak cuti...

kali ni aku cuma nak katakan tentang pintu taman. Dengar macam simple je, pintu taman. Tapi sebenarnya ia melibatkan rombakan & penambahan banyak struktur. Aku kena design struktur besi sebagai tulang pintu, design susunan kayu pada pintu, hasilkan bingkai pintu yang sesuai dengan konsep, tutup longkang hadapan & sediakan beberapa pagar/penghadang kayu. Memang rumit tapi puashati bila struktur tu siap sedikit demi sedikit & kita boleh nampak gambaran...



Untuk kerja-kerja ikat batu & plaster aku serah pada yang pakar, yang lain serah pada aku... bila dah siap, aku cuba letakkan pokok-pokok dalam koleksi yang aku rasa sesuai, tapi bila aku rasa tak sesuai, aku ubah. & begitulah seterunya sampai sekarang... mamlumlah, banyak koleksi pokok dalam simpanan...



Penghadang ni aku pasang kemudian. Takde perancangan, tapi bila tengok putera puteri kami suka melepak kat situ, aku pun designkan penghadang yang bukan sahaja boleh menjamin keselamatan, tapi nampak serasi dengan pokok hiasan & sesuai dengan konsep... So, itulah hasilnya...


Jutaan terima kasih buat isteri tersayang atas sumbangan yang tak terbalas demi merealisasikan harapan & impian aku untuk memiliki semua ini....

Jumaat, 14 Ogos 2009

Cahaya Kedamaian...


Banyak tempat aku dah surver, tapi kebanyakan lampu taman ni mahal sikit harganya. kalau murah pun jenis lampu yang biasa kita nampak di tiang-tiang pintu pagar rumah. kalau boleh aku nak cari yang jenis batu atau kayu yang tahan cuaca panas & hujan tapi biasalah, kos tinggi... jalan penyelesaian untuk aku tak lain ialah buat sendiri mengikut kemampuan dan citarasa... Memang tak mampu nak buat secantik lampu taman jenis kayu cengal yang selalu terpapar di majalah, tapi kalau dapat buat yang lebih kurang pun jadilah...



Untuk projek lampu kali ni aku tak ambil masa yang terlalu panjang, lebih kurang dua hari. Aku buat hujung minggu masa isteri out station. So masa balik cubalah nak bagi kejutan sikit, tapi isteri aku tak terkejut pun...dia tahu aku boleh buat...hari jumaat aku sketch, sabtu aku potong kayu, ahad mengecat, wiring & pemasangan... macam-macam design, tapi aku kena fikirkan sesuatu yang paling simple dan menarik, tanpa kos... stok kayu & peralatan memang dah stock ready kat bilik pertukangan aku....


Hasilnya biasa je, tapi itu dah memadai asalkan aku dapat menyiapkannya dengan tangan sendiri... Lampu ni pun bukannya aku nyalakan selalu, waktu-waktu tertentu bila bersantai dan menikmati suasana malam di laman rumah sambil menghirup udara segar & nescafe panas, selain merenung bulan & masa depan... boleh lah...

Khamis, 13 Ogos 2009

Floria 2009


Sebagai peminat landskap & bunga hiasan, aku tak lepaskan peluang berkunjung ke Floria di Putrajaya. Biasalah, orang berkeluarga kalau berjalan & mencuci mata kenalah bersama keluarga jugak... barulah seronok...


Floria kali ni boleh tahan, banyak pilihan untuk peminat-peminat pokok-pokok hiasan, buah-buahan, bunga, baja, landskap dsb. Satu perkara yang aku perasan, kali ni macam berat kepada orkid. Tak kira pameran atau jualan, macam-macam spesis orkid mendominasi gerai-gerai yang ada. tapi, takde hal sebab aku pun sekarang memang antara peminat orkid... Ini sebahagian koleksi terbaru....



Setelah puas 'mencuci' mata & tangan, aku pun berkunjung ke satu lokasi pameran. kalau tak silap, Perbadanan Putrajaya. menariknya kat situ, kebetulan diorang menjemput seorang artis (pelukis) untuk satu bengkel melukis alam semulajadi di persekitaran kawasan tu. So aku pun tak lepaskan peluang mencuba bakat. Walaupun bukan satu pertandingan, tapi sekurang-kurangnya aku dapat mencuba bakat melukis yang dah bertahun terpendam... saje seronok-seronok. Kebetulan pulak tempat tu juga menyediakan permainan-permainan simple untuk kanak-kanak macam jigsaw puzzle dsb.... Puteri kami ni memang minat sangat dengan puzzle... jadi, aku pun mengasah bakat melukis & sang puteri pulak bermain puzzle...



Boleh jual tak? Inilah hasilnya... ok lah... kerja tangan dalam 20 minit... boleh juga aku gantung kat dinding rumah sebagai kenangan berkunjung ke Floria 2009.........


Buaian Mimpi...

Aku teringin memiliki sebuah rumah yang serba sempurna & lengkap dengan ciri-ciri yang dapat membuatkan penghuninya hidup dengan selesa, tenang dan mendamaikan jiwa. walaupun rumah tak sebesar mana, yang penting bagi aku cukuplah sekadar ianya dilengkapi dengan ruang-ruang yang boleh membuat aku sekeluarga berehat atau bersantai tanpa perlu meninggalkan rumah. Jadi, selain menerapkan unsur-unsur rumah melayu & nusantara, aku cuba pastikan segala 'infrastruktur' asas dapat aku sediakan supaya kami sekeluarga dapat keselesaan secukupnya sehingga merasakan rumah atau teratak yang kami huni ini adalah lokasi terbaik untuk kami... bukan hotel, bukan pusat-pusat peranginan atau percutian, bukan taman permainan, bukan tepi pantai, air terjun dsb.

Bagi memastikan mimpi-mimpi aku ni jadi kenyataan, sedikit demi sedikit perubahan & penambahan aku lakukan seperti menyediakan laman yang penuh dengan pohon menghijau, pergola, kolam ikan, kerusi taman & tak lupa juga buaian kayu. Setiap penambahan yang aku buat semuanya mengikut tema dan material yang serupa supaya konsep asal tidak berubah. Aku memang takde kemahiran dalam senibina atau pertukangan, tapi sedikit pengalaman dalam subjek Seni Perusahaan masa tingkatan 1 dan 2, Kemahiran Hidup masa tingkatan 5 & pengalaman 6 bulan di kilang perabot, aku tak sia-siakan begitu sahaja...



Dengan pengetahuan & peralatan yang serba kekurangan, aku cuba hasilkan satu buaian kayu untuk kami sekeluarga berbuai di laman sendiri. Sekurang-kurangnya puteri & putera kami tak perlu menghabiskan masa & tenaga, selain mempertaruhkan keselamatan untuk bermain buaian di taman permainan. aku rasa itu lebih selamat dan selesa.


inilah hasilnya setelah sehari menghabiskan masa melakar, sehari memotong kayu, sehari menyiap & mengecat dan sehari lagi memasang. Tak sampai seminggu & modalnya pun tak seberapa (kurang dari RM100). Buaian hasil kerja tangan sendiri ni memang tak secantik & sekemas macam buaian yang dijual kat luar tapi sekurang-kurangnya aku merasa puas mempraktikkan ilmu pertukangan aku untuk rumah sendiri... Pada aku yang penting dalam membina struktur-struktur berasaskan kayu ni adalah jenis kayu tu. kalau untuk taman, biasanya gunakanlah jenis kayu tahan cuaca macam cengal, resak & seangkatannya, tapi harga pun boleh tahanlah.. Berbaloi jugak.....


Rabu, 12 Ogos 2009

Untuk Puteri Kami...


Aku cuba terapkan minat berkebun & menghargai keindahan alam semulajadi kepada isteri dan anak-anak. Selain membantu atau sekadar memerhatikan aku dengan aktiviti rutin di laman setiap petang, apa lagi yang dapat aku tunjukkan supaya mereka sama-sama dapat merasai kepuasan berkebun di laman ni.. So, satu hari semasa mencuci mata di satu nursery di Batu Pahat, aku hadiahkan satu pokok Siantan (Ixora Dwarf Pink) untuk puteri kami. Ada banyak jenis & warna, tapi warna pilihanya tak lain tak bukan.. pink....

Mula-mula ada jugak inisiatif puteri kami tu untuk membelek & menyiram ixoranya setiap petang. Tapi tak lama pun... sekarang aku juga yang kena jaga.... hehehe.. tak boleh paksa, minat tu kena datang sendiri..